UPU
UPU
 
UPU
 
UPU

Utama        Peranan        Skop Tugas        Profail        Carta Organisasi       Direktori

UPU   PIAGAM PELANGGAN
 
 

SOAL JAWAB : PENGISYTIHARAN HARTA

 
 
 
Soal Jawab Berkenaan Borang Pengisytiharan Harta
     
1. Dimanakah saya boleh mendapatkan Borang Perisytiharan Harta?
  - Di Pusat Tanggung Jawab masing-masing.
  - Di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia  & Pentadbiran, Aras 4, Bangunan Canselori.
  - Di internet dengan mengakses laman web Unit Perundangan Jabatan Pendaftar dan memuat turun ke komputer masing-masing.
     
     
2. Bagaimanakah sekiranya ada perubahan ke atas harta saya sedangkan tempoh 5 tahun belum mencukupi?
  - Sekiranya dalam tempoh 5 tahun tuan/puan ada membeli atau menjual harta, Tuan/Puan hendaklah mengisytiharkan harta tambahan atau pelupusan harta dengan segera tidak lewat dari 30 hari selepas tarikh pembelian atau penjualan harta tersebut..
     
3. Adakah data boleh ditaip di dalam Borang Perisytiharan Harta (format *.pdf) yang telah dimuat turun dari Internet ?
  - Boleh sekiranya ada perisian Adobe Acrobat (bukan Acrobat Reader).
     
4. Apakah ada sebarang tindakan atau implikasi yang akan dikenakan ke atas saya sekiranya saya tidak atau tidak mahu mengisytiharkan harta yang dimiliki?
  - Tuan/Puan boleh dikenakan tindakan tatatertib dibawah Peraturan 9, Bahagian II, Jadual Kedua, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 — Akta 605 kerana enggan mematuhi arahan tersebut.
     
5. Adakah staf yang berstatus sambilan, sementara dan kontrak perlu untuk mengisytiharkan harta masing-masing?
  - Bagi staf Sambilan, tidak perlu sama sekali untuk mengisytiharkan harta.
  - Bagi staf Sementara,  perlu mengisytiharkan harta.
  - Bagi staf Kontrak, perlu hanya bagi staf yang telah menjangkau 3 tahun perkhidmatan dan  tidak perlu bagi staf yang tidak menjangkau 3 tahun perkhidmatan.
     
6. Saya telahpun selesai mengisi Borang Perisytiharan Harta, kepada siapakah Borang ini harus dihantar?
  - Tuan/Puan perlulah menghantar Borang tersebut kepada Penolong Pendaftar, Unit Perundangan, Jabatan Pendaftar dengan diisikan kedalam sampul dan ditulis dengan perkataan SULIT di penjuru sampul  tersebut.
     
7. Saya dan suami/isteri saya bekerja di USM. Adakah saya perlu untuk mengisi maklumat harta pasangan saya di dalam Borang Perisytiharan Harta saya?
  - Ya, Perlu.
     
8. Bagaimanakah proses kelulusan Perisytiharan Harta diperolehi?
  - Proses kelulusan Perisytiharan Harta diperoleh bermula setelah borang yang telah lengkap diisi diterima oleh Urus Setia di Jabatan Pendaftar. Kemudian pihak Urus Setia akan menyemak borang tersebut sama ada lengkap atau sebaliknya. Setelah itu, sekiranya tidak lengkap pihak Urus Setia akan mengembalikan borang tersebut  kepada staf  berkenaan. Sekiranya telah lengkap, borang tersebut akan dikemukakan ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib mengikut kategori pegawai. Setelah Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib berlangsung, borang yang diluluskan akan ditandatangani oleh  Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib.
     
9. Perlukah borang yang telah lengkap diisi dihantar melalui Ketua Jabatan masing-masing?
    Tidak Perlu.
     
10. Kenapa setiap staf perlu menghantar 2 salinan borang tersebut?
  - Sebab 1 salinan yang telah diluluskan adalah untuk simpanan Jabatan Pendaftar dan 1 salinan lagi untuk simpanan staf berkenaan.
     
 
 
 
 
UPU

Paparan terbaik laman web ini menggunakan resolusi 800 x 600 dengan menggunakan pelayar IE4.XX dan ke atas.
2009 © Hakcipta Terpelihara Unit Perundangan, Jabatan Pendaftar. Segala maklumat adalah tertakluk kepada penafian.