UNIT PEMPROSESAN DATA & REKOD, JABATAN PENDAFTAR, USM

( DATA PROCESSING & RECORDS UNIT, REGISTRY, USM )

 

 

CUTI DENGAN KEBENARAN (CDK)

 

 

   

Proses Permohonan & Kelulusan CDK :-

 

1.

Pelajar mendapatkan borang CDK, melengkapkannya dan seterusnya menghantar kepada pejabat Dekan Pusat Pengajiannya bersama surat permohonan dan surat sokong berkaitan (jika ada surat sokongan).

 

2.

Pusat Pengajian akan meneliti permohonan dan seterusnya memberi perakuan sokong/tidak sokong kepada pihak Bahagian Hal-Ehwal & Pembangunan Pelajar (HEPP).

 

 

3.

 

Pihak HEPP akan memproses perakuan yang diterima dari Pusat Pengajian ini dan seterusnya memberi keputusan lulus/gagal ke atas permohonan pelajar terlibat kepada pejabat Unit Pemprosesan Data & Rekod (UPDR), Jabatan Pendaftar.

 

4. Pejabat UPDR akan mengeluarkan surat rasmi memaklumkan keputusan permohonan CDK (lulus/gagal) kepada pelajar berkenaan.

 

 

Borang Permohonan CDK :-

 

*

Sla rujuk/cetak attachment berikut :     DASAR & CARTA-ALIR PERMOHONAN CDK

 

Carta-Alir Permohonan & Pemprosesan CDK :-

 

*

Sla rujuk/cetak attachment berikut :     BORANG PERMOHONAN CDK

 

 

Syarat Am Permohonan CDK :-

 

*

Hanya boleh memohon maksima CDK sebanyak empat semester sepanjang pengajian.

 

* Selepas tamat tempoh cuti, mesti daftar kursus untuk pengajian semester berikutnya.

 

 

Peringatan Mengenai Kewajipan Mendaftar Kursus Setiap Semester :-

 

i.

Mengikut peraturan Universiti, seseorang pelajar wajib mendaftar kursus pada setiap semester kecuali di atas sebab-sebab tertentu yang menghalangnya mengikuti pengajian. Dalam keadaan ini, pelajar dikehendaki memaklumi pihak Pusat Pengajian/Universiti sebab-sebab beliau tidak dapat mendaftar dan pihak Pusat Pengajian/Universiti akan menasihati pelajar untuk memohon Cuti sekiranya ini dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.

 

ii.

Pihak Universiti boleh mengeluarkan dari ‘Senarai Pelajar Berdaftar Universiti’ ke atas mana-mana pelajarnya yang gagal mendaftar kursus tanpa sebarang alasan yang munasabah atau tanpa sebarang berita/maklum balas.

 

 

Pertanyaan :-

 

*

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai kemudahan Cuti Dengan Kebenaran ini boleh dirujuk kepada Encik Ahmad Anwar Omar [Penolong Pendaftar, pejabat Sektor Kesejahteraan Pelajar, Bahagian Hal-Ehwal & Pembangunan Pelajar (HEPP)] di 04-6533411 atau  melalui e-mel beliau = ahmad_anwar@notes.usm.my.