| Memproses Borang Kemasukan
Borang Permohonan Melalui UPU
Borang
permohonan melalui UPU bagi kategori kes E/F bagi calon-calon yang
memilih USM dan bagi kategori A/S/N/P bagi calon yang memilih Usm bagi
program yang memerlukan temuduga akan diterima oleh USM.
Borang
permohonan yang diberi nombor rujukan dan diinput data ke dalam
sistem yang telah disediakan. Borang permohonan bagi kategori kes
E/F yang membuat pilihan pertama akan dihantar ke Pusat Pengajian
berkenaan untuk diteliti serta perakuan penerimaan calon. Bagi
program yang perlu temuduga borang permohonan kesemua calon akan
dihantar ke Pusat Pengajian untuk disenaraipendekkan untuk dipanggil
temuduga.
Borang Permohonan Ambilan Terus (Jarak Jauh)
Borang permohonan yang
diterima akan disusun mengikut Program Pengajian dan Pusat Wilayah dan
diberi nombor rujukan. Pastikan calon sertakan yuran proses sebanyak
RM30.00 (dalam bentuk wang pos) dan semak borang data. Borang data yang
telah disemak dihantar ke Pusat Komputer untuk proses input data ke
dalam sistem yang telah disediakan. Wang Pos direkod dan dihantar ke
Jabatan Bendahari. Cetakan senarai semak akan dikeluarkan oleh Pusat
Komputer untuk disemak buat pembetulan jika ada. Cetakan senarai merit
akan dikeluarkan untuk kegunaan mesyuarat pemilihan.
Borang Permohonan Ambilan Terus (Penuh Masa)
Borang
permohonan yang diterima akan disusun mengikut Program Pengajian dan
diberi nombor rujukan. Pastikan calon sertakan yuran proses
sebanyak RM30.00 (dalam bentuk wang pos) dan semak borang data.
Wang Pos direkod dan dihantar ke Jabatan Bendahari. Input data
dalam sistem yang telah disediakan dan cetak senarai semak untuk
semakan dan buat pembetulan jika ada. Cetakan senarai merit untuk
dihantar ke Pusat Pengajian berkenaan untuk diteliti dan perakuan
bagi calon yang berjaya.
|