Sistem Maklum Balas Pelanggan

Mengapa sistem ini perlu diadakan?
Sistem ini perlu diadakan kerana USM menggangap serius setiap maklum balas yang diterima daripada pelanggan-pelanggannya. Daripada maklum balas ini, prestasi perkhidmatan / produk yang ditawarkan oleh Universiti dapat dinilai dan di ambil tindakan sewajarnya
Apakah maksud "maklum balas"?
Maklum balas ialah pernyataan tentang sebarang perkara berkaitan dengan Universiti yang dialami atau dihadapi oelh pelanggan Universiti. Maklum balas boleh berbentuk ucapan, penghargaan, atau aduan yang timbul daripada ketiadakpuasan hati pelanggan berkenaan mana-mana aspek perkhidmatan yang diterima.
Siapakah "Pelanggan" USM?
Pelanggan USM terdiri daripada pelajar, industri, pembekal, anggota masyarakat badan Kerajaan, badan swasta dan pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan USM.

Apakah
Sistem Maklum Balas Pelanggan?
Sistem Maklum Balas Pelanggan merupakan satu datipada saluran yang membolehkan pelanggan USM menggemukakan pelbagai maklum balas untuk memperbaik dan menambahbaik sistem pentadbiran, akademik, kewangan dan hal-hal berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan kualiti di USM

 

Sila klik untuk mendapat paparan

Adakah maklum balas boleh dikemukakan di mana-mana PTJ di USM?
Ya, pemaklum boleh memberi maklum balas di mana-mana PTJ yang mereka ingin berurusan. Kebanyakan Ketua Penolong Pendaftar, Penolong Pendaftar dan Penolong Peg. Tadbir USM memikul tanggungjawab sebagai Pegawai Maklum Balas USM.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Bahagian Pembangunan Korporat, Jabatan
Canselori, Aras 6, Universiti Sains Malaysia
Tel: 04-6577888 samb. 2459/4122
Fax: 04--6590152
e-mel:

Siapakah "Pelanggan" USM?
Pelanggan USM terdiri daripada pelajar, industri, pembekal, anggota masyarakat badan Kerajaan, badan swasta dan pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan USM
 
Bagaimanakah maklum balas boleh dikemukakan?
Maklum balas boleh dikemukakan kepada Pegawai Maklum Balas di mana-mana Pusat Tanggungjawab (PTJ). Pelanggan yang membuat maklum balas dikenali sebagai "Pemaklum". Pemaklum dikehendaki mengisi Borang Maklum Balas Pelanggan yang boleh didapati disetiap PTJ. Borang ini juga boleh didapati secara elektronik di laman web: www.usm.my

Perhatian:
e-Borang ialah borang yang diisikan dan dihantar secara elektronik.
m-Borang ialah borang yang dipaparkan samada disimpan dalam komputer atau untuk dicetak.