Program Pendidikan Sepanjang Hayat
                 

PENGENALAN

                 

Universiti Sains Malaysia ingin mengorak langkah menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan rakyat Negara Malaysia melalui konsep pendidikan sepanjang hayat. Universiti Sains Malaysia menawarkan 35 program akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara penuh masa kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman kerja yang luas melebihi 10 tahun dalam bidang yang relevan dengan program akademik yang dipohon dengan hanya kelulusan minima, SPM atau setaraf.

 

Program ini membuka peluang kepada individu yang ingin terus menimba ilmu bagi merealisasikan impian dan cita-cita untuk mengenggam segulung ijazah walaupun telah melewati usia. Ia bertepatan dengan Konsep Program Pendidikan Sepanjang Hayat dalam meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini. Bersandarkan kepada pengalaman yang ada, mereka kini mampu bersaing dengan generasi muda dalam menimba ilmu.

 

Objektif Universiti Sains Malaysia dalam menawarkan Program Pendidikan Sepanjang Hayat adalah seperti berikut:-