SISTEM E-KLINIK PANEL


 

Sistem E-Klinik Panel mula dilaksanakan pada 1 Julai 2004 untuk memperkemaskan sistem pengurusan rawatan pesakit di panel klinik USM di samping memperkenalkan konsep 'paper-less administration' kepada panel klinik USM.

Sistem ini bertujuan untuk mengawal jumlah perbelanjaan yang semakin meningkat dari semasa ke semasa dan juga untuk mempercepatkan proses tuntutan oleh klinik panel.

Klinik panel dan Jabatan/unit yang terlibat dengan proses tuntutan oleh klinik panel juga boleh melihat status tuntutan melalui sistem dan ketelusan ini diharapkan akan membantu menjamin penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan. Sistem ini akan membantu staf dan pelajar semasa membuat pendaftaran di klinik panel.