Jabatan Pendaftar USM

     
 
  Jabatan Pendaftar USM
  Laman Utama
  Mel USM
Forum Warga
   
Jabatan Pendaftar USM
 
  Informasi Jabatan
 Jabatan Pendaftar USM Jabatan Pendaftar USM
 
  "Permohonan Jawatan Online Melalui e-recruIT EVO 2"



LATARBELAKANG

e-recruIT ialah sebuah sistem elektronik permohonan staf secara online yang berasaskan web. Jika dahulunya Segala maklumat yang berkaitan dengan kekosongan jawatan Universiti Sains Malaysia, diiklankan melalui cara konvensional iaitu akhbar sekarang tidak lagi semuanya dimuatkan dalam sistem e-recruIT. Pencapaian sistem ini telah membawa keuntungan kepada universiti dari segi pengurangan jumlah pengiklanan.

e-recruIT versi 1 telah beroperasi lebih dari 3 tahun bermula dari awal 2001 hingga ke awal 2004 dengan 25, 365 pengguna berdaftar. Sebanyak dua iklan luaran dan dua iklan dalaman telah dikeluarkan sepanjang tempoh operasi e-recruIT versi 1.

Perlaksanaan e-recruIT versi 1 telah mengautomasikan 75% dari proses pengiklanan, saringan dan temuduga pemohon serta proses pengambilan kakitangan USM. Perubahan demi perubahan dilakukan sejajar dengan keperluan semasa, permohonan secara konvensional untuk iklan dalaman telah diluput bagi pengambilan Oktober 2004, segala maklumat yang berkaitan dengan permohonan dalaman ini telah di lakukan secara online melalui sistem e-recruIT.


e-recruIT EVO 2

Sasaran e-recruIT EVO 2 untuk mewujudkan aplikasi yang cekap, pantas, boleh diperkembang, mudah diselanggara dan sifar aduan. Migrasi sepenuhnya dari gerak-kerja manual yang menggunakan kertas kepada borang elektronik membuktikan e-recruIT EVO 2 berupaya menjimatkan masa dan tenaga kerja dalam proses pengiklanan, pemilihan dan temu duga.

Limpahan maklumat yang lebih lengkap membolehkan pembuat keputusan membuat pencaturan yang bijak bagi mendapatkan calon-calon yang lebih berkelayakan untuk setiap jawatan.

Dibangunkan dengan teknologi yang terkini dan kajian perlakuan pengguna, e-recruIT EVO 2 berupaya bertindak balas dengan lebih baik kepada kehendak pengguna. Malahan ianya menjadi tunggak bagi pembinaan aplikasi-aplikasi sub sistem seperti Profiler (peringkat kajian) dan e-Penjawatan (peringkat cadangan).


Majlis Pelancaran e-recruIT EVO 2

Perasmian laman web e-recruIT EVO2 telah disempurnakan oleh T.Y.T Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang di Majlis USM & Media 2005 pada 11 April 2005 di Hotel City Bayview, Pulau Pinang.

Dalam ucapannya beliau menyeru pihak media dan Universiti agar berusaha untuk membuka ruang yang besar ke arah mengambil pendekatan popular dan kreatif serta mengubah set minda yang ada, bukan lagi melihat disiplin ilmu yang terpisah-pisah, tetapi saling mantap memantapi, saling perlu memerlui dan saling kukuh mengukuhkan dengan menggunakan media yang ada, media cetak, media elektronik dan media-media lain termasuk penggunaan laman web. Belia turut menekankan agar anak-anak muda hari ini harus digalakkan untuk menguasai pelbagai disiplin ilmu pengetahuan, pelbagai bahasa dan budaya malah bersedia berhadapan dengan ledakan ilmu yang berlaku secara pantas dan terbuka.

TYT juga dibawa melihat pameran yang disediakan oleh Jabatan Pendaftar pada malam berkenaan dan amat berbangga serta mengucapkan tahniah kepada USM di atas perkembangan teknologi dan sains dalam memantap dan memperkasakan kecekapan sumber manusia dan teknologi maklumat.

Azlinda Romli

 
 
 
Jabatan Pendaftar USM
 

[ Kembali ]

Jabatan Pendaftar USM

HAKCIPTA TERPELIHARA :: Jabatan Pendaftar USM © 2007. Segala maklumat adalah tertakluk kepada penafian dan polisi.