Jabatan Pendaftar USM

     
 
  Jabatan Pendaftar USM
  Laman Utama
  Mel USM
Forum Warga
   
Jabatan Pendaftar USM
 
  Informasi Jabatan
 Jabatan Pendaftar USM Jabatan Pendaftar USM
 
  "SITI ZUBAIDAH A. HAMID DILANTIK PENDAFTAR USM"



PULAU PINANG, 22 Jan. 2013 - Siti Zubaidah A. Hamid, 57, yang berasal dari Alor Setar Kedah dilantik sebagai Pendaftar Universiti Sains Malaysia (USM) mulai 1 Januari 2013. Mesyuarat Lembaga Gabenor USM memperakukan pelantikan tersebut menggantikan Jamahyah Basiron yang memangku jawatan tersebut sebelum bersara pilihan pada tahun lalu.

Beliau berkelulusan Sarjana Pendidikan Sains (Masters of Science Education) dari University of Southern California dalam bidang Kaunseling dan Sarjana Muda Sastera (Kaunseling) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memulakan tugas sebagai Pegawai Tadbir USM (Kaunselor) pada bulan Ogos 1979, mengetuai Unit kaunseling USM pada tahun 1986 dan dilantik sebagai Timbalan Pendaftar Kanan pada tahun 2002.

Siti Zubaidah kemudiannya dilantik sebagai Pengarah, Jabatan Pelajar Malaysia (Malaysia Students’ Department) di Washington D.C. antara tahun 2006 – 2009 sebelum kembali bertugas di Bahagian Penyelidikan dan Inovasi USM.

Siti Zubaidah adalah Pendaftar kelapan USM. Sebagai Pendaftar, Siti Zubaidah bertanggungwab terhadap pentadbiran universiti keseluruhannya termasuk dalam pengurusan dan pembangunan sumber manusia serta mengetuai proses operasional USM.

Teks: Mohamad Abdullah/Foto: Mohd. Fairus Md. Isa

Pejabat Perhubungan Awam

 
 
 
Jabatan Pendaftar USM
 

[ Kembali ]

Jabatan Pendaftar USM

HAKCIPTA TERPELIHARA :: Jabatan Pendaftar USM © 2007. Segala maklumat adalah tertakluk kepada penafian dan polisi.