Unit Pengambilan & Pembangunan Staf
Unit Pengambilan & Pembangunan Staf
 

 

J. PENDAFTAR

PORTAL USM

 
 
 
Unit Pengambilan & Pembangunan Staf
 
Unit Pengambilan & Pembangunan Staf Unit Pengambilan & Pembangunan Staf
   
   
  SEJARAH
   
 

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran [BPSM&P] telah wujud sejajar dengan penubuhan universiti ini. Bahagian ini dikemudikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan, bersama dengan staf sokongan yang lain. Bertanggungjawab dalam mengendalikan urusan personalia untuk semua staf di Universiti ini. Bahagian ini, antara lainnya mengendalikan hal-hal yang berhubung dengan perjawatan, skim perkhidmatan, latihan dan pembangunan sumber manusia, pentadbiran, perhubungan staf dan sistem maklumat staf. Unit-unit di dalam bahagian ini terdiri daripada lima unit iaitu:

- Unit Pengambilan dan Pembangunan Staf
- Unit Perkhidmatan dan Saraan
- Unit Pentadbiran
- Unit Perhubungan Staf
- Unit Maklumat Staf

Tambah membanggakan, Bahagian pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran ini telah dianugerahkan dengan Sijil MS ISO 9002 oleh SIRIM QAS Sdn Bhd pada 12 Jun 1999. Dengan ini BPSM&P terus maju dan melaksanakan pelbagai program dan projek bagi memajukan sumber manusia di USM ini.

   
  PIAGAM PELANGGAN
   
 

Dengan penuh tekad dan iltizam, kami berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk memenuhi kehendak pelanggan seperti berikut:-

PELANTIKAN STAF
Memastikan permohonan (tanpa iklan) diakui penerimaan dalam masa 10 hari daripada tarikh diterima;
Mengeluarkan surat panggilan temuduga kepada calon atau menghubungi calon tentang temuduga 7 hari bekerja sebelum tarikh temuduga;
Memaklumkan kepada permohonan tentang keputusan permohonan mereka dalam tempoh 14 hari daripada tarikh Jawatankuasa/Kelulusan Lembaga Pengarah Universiti;
Memastikan proses perlanjutan tempoh perkhidmatan staf sambilan/sementara dibuat 2 bulan sebelum tarikh tamat perkhidmatan; dan
Memproses permohonan perletakan jawatan daripada staf (kecuali mereka yang ada ikatan kontrak) dalam masa 10 hari selepas penerimaan permohonan.

PERKHIDMATAN STAF
Mengeluarkan surat pengesahan dalam jawatan dalam masa 7 hari bekerja selepas mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti;
Mengeluarkan kenyataan pergerakan gaji bagi tujuan anjakan gaji atau statik kepada staf mengikut bulan pergerakan gaji iaitu Januari, April, Julai dan Oktober;
Memastikan semua permohonan pekerjaan di organisasi luar dengan tujuan perlepasan dengan izin diproses dan dihantar dalam masa 3 hari daripada tarikh penerimaan diterima;
Menghantar dokumen-dokumen untuk proses persaraan wajib/persaraan secara pilihan sendiri kepada Bahagian Pencen, JPA 3 bulan sebelum tarikh persaraan;
Menyediakan surat akuan/pengesahan staf dalam masa 1 hari daripada tarikh permohonan diterima; dan
Menyediakan surat pengesahan kelayakan pinjaman perumahan untuk permohonan pinjaman dalam masa 2 hari daripada tarikh permohonan diterima.

PEMBANGUNAN STAF
Mengeluarkan surat tawaran sementara/rasmi Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik dalam masa 10 hari selepas mendapat kelulusan Naib Canselor;
Mengeluarkan keputusan permohonan perlanjutan cuti belajar dalam tempoh 14 hari selepas menerima perakuan Naib Canselor; dan
Memproses dan menghantar kenyataan Biasiswa Calon-calon rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik kepada Ketua Jabatan Bendahari untuk pembayaran sebaik sahaja mendapat pengesahan tarikh permulaan cuti belajar/tarikh bertolak ke luar negara.

PENTADBIRAN STAF
Mengeluarkan pengumuman peperiksaan perkhidmatan Universiti pada minggu pertama bulan Mei/November setiap tahun;
Mengeluarkan keputusan peperiksaan perkhidmatan dalam tempoh 14 hari selepas Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Perkhidmatan Staf; dan
Mengeluarkan surat jaminan perubatan dalam tempoh 1 jam daripada masa penerimaan permohonan.

   
   
   
BERITA
 
 
 

BERITA

MAKLUMAN

PEKELILING

BORANG

FOTO

SISTEM BPSM

JARINGAN

DIREKTORI USM

 
 
 
 
 

UPPS

UPSM

UPOP

UKP

 
 
Pengunjung Ke-78268
 
Unit Pengambilan & Pembangunan Staf

2009 Hakcipta Terpelihara Jabatan Pendaftar. Segala maklumat adalah tertakluk kepada penafian.